Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pakaian Etnik Serikan Penutup Bulan Kemerdekaan

By 15 September 2022September 19th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 15 Sept (Malaysiaaktif) – Sekolah Kebangsaan Pusat, Kemaman mencipta sejarah apabila seluruh warga sekolah termasuk guru-guru memakai baju mengikut etnik masyarakat Malaysia sempena Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan di Program Merdeka@Komuniti Kg Besut.

Guru Besar, Rusmini Meli, 48, berkata “kerjasama yang diberikan oleh pihak ibu bapa dan guru-guru sangat dihargai apabila pelajar dan guru tampil dengan pakaian masing-masing mengikut tema seperti pahlawan Melayu dan kaum etnik di Malaysia.”

“Kita menggalakkan pelajar memakai pakaian mengikut tema yang dipilih dan memberitahu pelajar kita tentang kepelbagaian etnik wujud di negara kita,” ujarnya lagi.

Guru-guru juga berpakaian mengikut tema untuk memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan tahun ini. Turut hadir Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Kg Besut, Syed Mohd Shahari Syed Alwi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda