
Laporan/foto: Hazaliza Ismail/Noor Haswan Noor Azman(Kelantan)
KETEREH, 4 Sep (Malaysiaaktif) – Program Aktivis@JaPen dan Merdeka@Komuniti anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Kelantan telah dilaksanakan di pekarangan Madrasah Mat Yaman, Kampung Lembek, di sini semalam.
“Program ini adalah bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2022 dengan pengisian aktiviti senamrobik, Ziarah Kasih, memasak Asyura.” Ujar Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md. Nor mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Datuk Seri Dr. Sr. Alwi Che Ahmad.
“Pasukan Aktivis@JaPen yang diketuai aktivis, Mohd Harumi Mat Yaman, 56, sebagai Rakan Strategik JaPen sangat membantu menjayakan program kali ini secara suka rela,” jelas Muhd Nor Aswadi lagi.
Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Kelantan Haji Mubin Mohd Zain, Pengurus Hub Digital Ketereh Saipudin Mohamad, dan Pengurus Yayasan Kemiskinan Kelantan Marzuani Ardila Arifin.
-ZS-