Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Perhebat Usaha Perkenal Budaya Tradisi Kedayan

By 4 September 2022September 8th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 4 Sep (Malaysiaaktif) – Semua pihak diseru untuk terus memperkenalkan budaya tradisi suku kaum Kedayan melalui penganjuran pelbagai program.

Menurut Pengerusi Perbadanan Labuan Senator Datuk Bashir Alias kepelbagaian budaya yang ada pada suku kaum  Kedayan seperti makanan, pakaian, tarian, permainan tradisi dan cara hidup perlu diperkenalkan bagi memartabatkan kaum Kedayan di Labuan serta di tempat lain.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Tamu Simbat-Simbatan Siri ke-4 Anjuran Persatuan Kadayan Labuan (WAKAL) di Medan Selera Labuan semalam.

Tambahnya, program tersebut perlu diadakan dengan kerap agar menarik pengunjung datang ke Labuan selain merancakkan kembali ekonomi Labuan dengan program-program kesenian dan kebudayaan tempatan.

Hadir sama Yang Dipertua WAKAL, Datuk Rozman Isli, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Ab Rasil Hajatil dan Pengarah Jabatan Muzium Malaysia Labuan, Rohana Husin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda