Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Berjalan Teguh Bersama Medium Semai Semangat Patriotik

By 16 September 2022September 19th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud/Johnny Joklis

KOTA KINABALU, 16 Sept (Malaysiaaktif) – Program ‘Info On Wheels’ (IOW), Berjalan Teguh Bersama menjadi medium menyemai semangat patriotik dalam generasi muda.

Pelancong dari Negeri Sembilan, Tan Seng Heng, 58, menzahirkan rasa teruja dapat menyaksikan program itu yang baginya baik sebagai pendedahan kepada golongan belia.

“Seronok dapat melihat program seperti ini, kebetulan saya dan keluarga berada di Jalan Gaya untuk berjalan-jalan dan mengambil kesempatan untuk mengambil gambar kenangan,” kongsinya semasa ditemui media di sini, pagi tadi.

Sementara itu, salah seorang peserta program, Victor Wong dari Dewan Bandaraya Kota Kinabalu menyatakan rasa gembira dan bertuah kerana terpilih menyertai program yang menyerikan lagi sambutan Hari Malaysia, hari ini.

“Saya berharap program seumpamanya dapat diteruskan setiap tahun dengan membuka penyertaan kepada orang ramai khususnya golongan belia selain acara kayuhan berbasikal,” ujarnya.

Seramai 100 peserta menyertai program yang terdiri daripada warga Jabatan Penerangan Sabah, Kementerian Kerja Raya dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda