Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

LLR2022 Himpun Peminat Sukan Berbasikal

By 11 September 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

LANGKAWI, 11 Sep (Malaysiaaktif) – Pulau Langkawi sekali lagi menjadi tumpuan penggemar aktiviti sukan berbasikal dari dalam dan luar negara pada  Kejohanan Langkawi Legendery Ride 2022  (LLR2022) bertempat di Dataran Mar Mar, Kuah, di sini semalam.

Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah berkata acara tersebut merupakan penganjuran bersama diantara Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Tough Gorilla Ventures.

“Terdapat tiga kategori iaitu Legendary Ride sejauh 101km, Eagle Ride 60km dan Mahsuri Ride 30km sebagai pilihan.

“Acara ini merupakan edisi kedua dengan jumlah 1,640 penyertaan dari tujuh buah negara iaitu Singapura, Indonesia, Great Britain, Thailand, Australia, Netheland dan Perancis selain penyertaan tempatan,” katanya lagi.

Acara tersebut turut dimeriahkan dengan penyertaan Tunku Mahkota Kedah Datuk Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif LADA Nasaruddin Abdul Muttalib dan Pegawai Daerah Langkawi Dato Abdul Gafar Yahya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda