Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sultan Kedah Bertitah Doktrin Pengasingan Kuasa Lebih Berwibawa Diwujudkan

By 11 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)/Unit Fotografi Jabatan Penerangan Malaysia

LANGKAWI, 11 Sep (Malaysiaaktif) – Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah supaya doktrin pengasingan kuasa yang lebih berwibawa diwujudkan pada masa hadapan.

“Sejarah turut mencatatkan kisah lagenda Mahsuri di bumi Langkawi yang boleh dikaitkan dengan sistem perundangan yang tidak adil ketika itu.

“Ini adalah merupakan satu peringatan dan pengajaran buat kita agar Malaysia dapat mewujudkan satu doktrin pengasingan kuasa yang lebih berwibawa di masa hadapan,” titah baginda semasa merasmikan Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia Tahun 2022 di Langkawi International Convention Center (LICC) semalam.

Penganjuran persidangan ini bertujuan sebagai platform perkongsian pandangan dan ilmu pengetahuan dalam usaha meningkatkan keupayaan pengurusan serta peranan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di Malaysia menerajui pengukuhan demokrasi negara.

Persidangan berlangsung selama empat hari bermula pada 9 hingga 12 September 2022 disertai Yang diPertua Dewan Rakyat, Speaker dan Timbalan Speaker serta Setiausaha Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia.

-ZS-

Tinggalkan komen anda