Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

LWF 2022 Jadikan Langkawi Destinasi Budaya Kreatif

By 2 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)/Zamri Ibrahim (LADA)

LANGKAWI, 2 Sep (Malaysiaaktif) – Langkawi Writers Festival (LWF) 2022 yang sedang berlangsung dari 1 hingga 4 September ini di Panggung Seni Kota Mahsuri di sini mampu menjadikan Langkawi sebagai destinasi pilihan penggiat-penggiat seni budaya.

Dalam sidang media Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Nasarudin Abdul Muttalib berkata secara umumnya hasrat LADA adalah untuk menjadikan Langkawi sebagai satu destinasi budaya kreatif supaya penulis-penulis dapat menjadikan Langkawi tempat untuk berkarya mencari ilham berdasarkan keindahan alam semulajadi yang ada di sini.

“Di samping itu Langkawi juga kaya dengan cerita-cerita mitos dan lagenda yang disampaikan dari mulut ke mulut dan generasi ke generasi.

“Kita juga menggalakkan penulis-penulis untuk merakamkan dan menterjemahkan semula cerita-cerita rakyat ini dalam bentuk penulisan supaya tidak hilang ditelan zaman,” katanya.

Sementara itu pengasas dan Pengarah LWF Morne Hashim ketika ditemui di sini baru-baru ini berkata festival ini membawa penulis tempatan dan antarabangsa terbaik fiksyen dan bukan fiksyen, saintis, ahli ekonomi, penyair, wartawan dan intelektual bersama-sama penonton untuk meneroka idea berkongsi cerita dan mencetus topik perbualan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda