Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Merdeka@Komuniti Semarak Sambutan Hari Malaysia

By 15 September 2022September 20th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Merdeka@Komuniti Semarak Sambutan Hari Malaysia

Laporan/foto: Jaitripta Kaur/Siti Hajar Kamis (Seremban)

SEREMBAN, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Seawal 8 pagi pengunjung sekitar Senawang telah mula berkumpul di Dataran Senawang, bagi menjayakan program Merdeka@Komuniti Paroi 2022.

Menurut Mohd Ghazali Abd Wahid, 63, pelbagai aktiviti telah dirancang oleh pihak Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi dan Pejabat Penerangan Daerah Seremban bagi memeriahkan program pada hari ini.

“Antara aktiviti yang bakal berlangsung pada hari ini adalah pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan pakaian beragam dan juga Jualan Murah Aspirasi Keluarga Malaysia khusus bagi penduduk sekitar,” katanya yang ditemui, di sini semalam.

Program ini telah dirasmikan oleh Ahli DUN Rantau Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hassan merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Daerah Seremban.

-ZS-

https://malaysiaaktif.my/116389

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda