Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Rithuan Mohd Ismail Ketua Pegawai Eksekutif PL Baharu

By 19 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 19 Sep (Malaysiaaktif) – Rithuan Mohd Ismail dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL) yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa 1 Oktober 2022 hingga 30 September 2024.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, Pelantikan Rithuan adalah selaras dengan subseksyen 10(1) Akta Perbadanan Labuan 2001 [Akta 609].

“Rithuan 54, merupakan anak kelahiran Labuan yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Ekonomi dan Perakaunan), mempunyai 28 tahun pengalaman sebagai penjawat awam khususnya di Pihak Berkuasa Tempatan, yang mana jawatan terakhir beliau adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Perbadanan Labuan,” katanya semasa Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan tersebut pagi tadi di sini.

Jelasnya pelantikan itu mampu memperkukuhkan lagi tadbir urus serta fungsi Pihak Berkuasa Tempatan yang dilaksanakan oleh Perbadanan Labuan agar terus memberi faedah kepada rakyat dan kerajaan.

“Labuan perlu kehadiran pelabur luar untuk menggerakkan ekonomi dan menumpukan kepada sektor pelancongan dan perniagaan, warga Labuan mesti mendapat manfaat daripada sistem perundangan atau percukaian yang diperkenalkan,” tambahnya lagi.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda