Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Sukan Mampu Semarakkan Semangat Patriotik dan Perpaduan

By 8 September 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 8 Sep (Malaysiaaktif) – Sukan adalah sebahagian daripada agenda nasional yang mampu menyemarakkan semangat patriotik dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Yusup Mohamad sukan mengajar kita untuk menyelami erti perpaduan, bekerjasama dan menanam rasa cinta kepada negara.

“Sukan mengikat kita sebagai bangsa yang tebal dengan nilai-nilai kasih sayang dan menyatukan kita merentasi garis-garis kaum dan agama.

“Lihat sahaja ketika ada perlawanan bola sepak atau badminton lebih-lebih lagi di peringkat dunia. Tanpa mengira kaum dan agama, kita duduk semeja bersama-sama rakan-rakan di restoran untuk bersorak menyokong pasukan negara,” katanya semasa merasmikan majlis  Penutupan Kejohanan Golf  Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM) Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 di sini semalam.

Pasukan Selangor mengungguli kejohanan kali ini apabila menjadi Pasukan Terbaik Keseluruhan bagi kategori lelaki dan perempuan. Selangor juga menjadi Johan keseluruhan diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor.

Sementara itu pemain lelaki bawah 18 tahun Johor, Nor Haqiem Nor Hadi dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan dengan mengumpul 229 pukulan. Manakala pemain perempuan bawah 15 tahun Negeri Sembilan, Wang Xin Yao yang membuat 142 pukulan pula diangkat menjadi Pemain Terbaik Kategori Perempuan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda