Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Tembakan Bunga Api Meriahkan Ambang Merdeka

By 1 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahari Zakaria

BATU KAWAN, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Kibaran Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 terus disemarakkan dengan penganjuran program Ambang Merdeka, Merdeka @Komuniti yang diadakan di Astaka Taman Sri Delima.

Seramai 200 orang masyarakat setempat hadir memeriahkan program ini yang telah disempurnakan oleh Datuk Mohd Noor Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah PERDA.

Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia, Azim Nordin, berkata,  objektif penganjuran program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai Kempen Kibar Jalur Gemilang di samping menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini.

“Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan antaranya seperti kayuhan  basikal dan berjalan Merdeka, pertandingan sajak dan pantun, karaoke Merdeka, cabutan bertuah dan tembakan bunga api,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda