Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

626 Sekolah Kebangsaan Dibekalkan Lokar Fasa Pertama

By 5 Oktober 2022Oktober 12th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 5 Okt (Malaysiaaktif) – Sebanyak 626 buah sekolah kebangsaan dua sesi persekolahan di seluruh negara dibekalkan lokar bagi fasa pertama.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata lokar tersebut disediakan untuk murid tahun satu dan dua

“Pemasangan akan diselesaikan dalam bulan Oktober ini melibatkan peruntukan RM37.3 juta untuk murid tahun satu dan dua,” katanya.

Katanya, bagi fasa kedua akan dimulakan tahun hadapan untuk kegunaan murid tahun tiga hingga enam.

“Ini adalah satu daripada tujuh inisiatif bagi mengurangkan beban beg sekolah seperti yang diumumkan 6 Mac lalu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas majlis Pelancaran Lokar Fasa Pertama di Sekolah Kebangsaan Gombak Setia, di sini hari ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda