Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Keindahan ‘Blue Ring Reef’ Tarikan Pelancong ke Lahad Datu

By 6 Oktober 2022Oktober 12th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nizwan Mohd Dani

LAHAD DATU, 6 Okt (Malaysiaaktif) – Keindahan Blue Ring Reef menjadi daya tarikan pelancong yang meminati aktiviti menyelam dan bersnorkel.

Salah seorang pelancong, Hadi Armeen, 23, dari negeri Perak tidak menjangka daerah Lahad Datu mempunyai tempat menarik untuk melihat batu karang yang membentuk bulatan besar yang dipanggil ‘Blue Ring Reef’.

“Blue Ring Reef adalah salah satu tempat menarik dan unik untuk melakukan aktiviti selam skuba dan snorkel.

“Ini merupakan salah satu tempat menarik yang wajib dikunjungi sekiranya berada di Lahad Datu,” ujar Hadi.

Sementara itu, Abby Sik Jia Yew, 29, dari Pulau Pinang berkata air di kawasan itu sangat jernih dengan pelbagai hidupan marin dapat dilihat.

“Mungkin selepas ini saya akan kembali ke sini semula untuk meneroka dan menyelam bersama keluarga dan kawan-kawan,” kata Abby ketika ditemui media semasa program ‘Journey to the East Coast of Sabah’, di sini baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda