Laporan/foto: Zayana Isa
KUANTAN, 29 Okt (Malaysiaaktif) – Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan keperluan seperti beras, telur dan minyak masak yang dijual dengan harga berpatutan di Jualan Keluarga Malaysia sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia 2022 Negeri Pahang yang bermula semalam.
Norlela Jusoh, 55, dari Taman Pandan Damai berkata, beliau sanggup beratur panjang untuk mendapatkan barangan keperluan dapur seperti telur dan beras kerana dijual dengan harga yang murah daripada harga pasaran.
“Memang saya datang ke sini untuk membeli telur dan lain-lain lagi barangan dapur kerana harga yang murah dan berbaloi,” katanya yang beratur selama 30 minit.
Jualan ini berlangsung sehingga esok dan orang ramai masih berpeluang untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga berpatutan.
-ZS-