Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Tinggalkan Kerjaya, Suami Isteri Jadi Usahawan Cili Sepenuh Masa

By 29 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Eviannie Kin

KOTA KINABALU, 29 Okt (Malaysiaaktif) – Jayneth Janim, 32, bekas jururawat di salah sebuah hospital swasta di negeri ini sanggup meninggalkan kerjaya kerana minatnya dalam perusahaan cili.

“Suami saya adalah penyokong terbesar dalam keputusan saya ini dan beliau turut mengikut jejak meninggalkan kerjayanya dalam dunia teknologi maklumat seterusnya bersama-sama mengusahakan penanaman cili dan penghasilan produk berasaskan cili.

“Kami berjaya menanam lebih 15 jenis cili yang memiliki tahap kepedasan yang lain-lain seterusnya menjual produk berasaskan cili dalam lingkungan harga RM9 sehingga RM15.

“Kami juga penerima bantuan sebanyak RM20 ribu menerusi Program Agroprenuer Muda dari Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan peruntukan itu kami untuk infrastruktur pengusahaan cili kami,” katanya ketika ditemui di Ekspo Pertanian Terbesar Sabah pada Jumaat yang berlangsung sehingga 30 Oktober ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini.

Tambahnya, pendapatan daripada perusahaan cili itu amat menampung perbelanjaan keluarganya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda