Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Lebih 2000 Banjiri PJMKM Dataran Kampung Sarin

By 29 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abd Halim/Khairul Anuar (Jelebu)

JELEBU, 29 Okt (Malaysiaaktif) – Lebih 2000 penduduk telah membanjiri Dataran Kampung Sarin, Kuala Klawang di sini hari ini sempena Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM).

Program yang bermula seawal 8.00 pagi ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Menurut Jalaluddin Alias pelaksanaan program PJMKM ini membuktikan kerajaan sangat prihatin dan cakna dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

“Program ini akan diteruskan kerana ia memberi manfaat dan dapat mengurangkan beban kos sara hidup penduduk di daerah ini,” katanya.

Pengunjung, Mahmood Sadeli, 66, berkata program sebegini sangat signifikan untuk rakyat dan sebenarnya ditunggu-tunggu.

“Penduduk di kampung pendapatannya sedikit, tidak seperti penduduk di bandar. Saya berharap pihak kerajaan kerap melaksanakan program seperti ini,” katanya.

Bagi P. Ramasamy, 54, yang membeli barangan keperluan untuk lima orang seisi keluarganya berkata dengan program PJMKM ini, ia dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan bulanannya.

“Program seperti ini memberi kesan dan dapat membantu golongan B40 seperti saya kerana harga barang-barang yang dijual sangat menjimatkan iaitu dengan potongan 20% berbanding harga pasaran, khususnya barangan asas seperti gula, tepung, minyak masak dan beras,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda