Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Program Cambah Minda Landasan Belia Sampaikan Pandangan Isu Semasa

By 21 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Amiruddin Adli Ishak (Alor Gajah)

MASJID TANAH, 21 Oktober (Malaysiaaktif) – Program Cambah Minda Pertandingan Debat dan Pidato Kenegaraan berupaya menjadi landasan untuk mengalakkan golongan belia menyampaikan pandangan dan pendapat mengenai isu-isu semasa.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Wira Ibrahim Durum berkata demikian ketika merasmikan program tersebut Peringkat DUN Ayer Limau 2022 di Dewan Tan Sri Dr. Abu Seman, Paya Rumput, di sini semalam.

“Usaha melaksanakan program seperti ini amat digalakkan kerana ia melibatkan penyertaan golongan belia. Ia terutamanya bagi melahirkan generasi muda yang berfikiran luas, berilmu dan proaktif,” katanya.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Ayer Limau dan Jabatan Penerangan Melaka telah melibatkan penyertaan pelajar-pelajar Tingkatan Enam dari tiga buah Sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China, SMK Ghaffar Baba dan SMK Sultan Alauddin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda