Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Jalan Pintasan Pekan Durian Tunggal Beri Impak Positif Kehidupan Rakyat

By 21 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan

DURIAN TUNGGAL, 21 Okt (Malaysiaaktif) – Projek pembinaan jalan baharu persimpangan jalan Alor Gajah lama ke Taman Murai Jaya bakal memberi impak positif kepada kehidupan rakyat di Durian Tunggal, Machap Jaya dan Alor Gajah yang menggunakan jalan utama pekan Durian Tunggal untuk ke Ayer Keroh.

Menurut peniaga Ranihaspino Mahpot, 39, jalan baharu ini sudah tentu akan memberi impak positif kepada kehidupan rakyat di sini.

“Setiap hari kami akan melalui kesesakan jalan raya ketika waktu puncak.

“Jika siap kelak, kesesakan jalan dapat diatasi dan sektor perniagaan juga akan berkembang pesat, selaras dengan pembangunan di Pekan Durian Tunggal,” katanya.

“Seperti yang kita lihat kawasan Durian Tunggal menjadi tumpuan pembinaan taman-taman perumahan dan peningkatan penduduk sudah pasti akan memberi lebih peluang kepada semua untuk berniaga,” katanya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda