Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Jasin ke Arah Perbandaran Lestari, Berdaya Saing dan Inklusif

By 15 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noraidah Mat Seh/ Muhammad Zarul Afify Mohd Zamri (Jasin)

JASIN, 15 Okt (Malaysiaaktif) – Perasmian Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Jasin 2035 (Penggantian) telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bertempat di Dewan Alamanda, Rim di sini baru-baru ini.

Menurut Sulaiman Md Ali Draf Rancangan Tempatan MPJ 2035 (Penggantian) disediakan bagi tempoh perancangan sehingga tahun 2035 menggantikan Rancangan Tempatan Daerah Jasin 2020 yang akan tamat tempoh penggunaannya setelah dokumen ini dipersetujui diterima pakai oleh Kerajaan Negeri.

“Terdapat lapan prospek pembangunan yang disediakan di Jasin iaitu Daerah Lestari, Daerah Hasil Pertanian dan Penternakan, Daerah Eko Industri dan Berteknologi Tinggi, Daerah Industri Halal Hub Melaka, Daerah Eko, Agro dan Warisan Pelancongan, Daerah Serambi Ilmu, Daerah Bahagia dan Jasin menerima impak Koridor Pelaburan Baharu iaitu Projek Pembangunan Komited.

“Sehubungan itu, lima teras dan 26 halatuju telah dirangka melibatkan 162 keseluruhan cadangan pembangunan dalam mencapai visi menjadikan Jasin Ke Arah Perbandaran Lestari, Berdaya Saing Dan Inklusif,” ujarnya dalam ucapan Perasmian Draf Rancangan Tempatan MPJ 2035 (Penggantian).

-ZS-

Tinggalkan komen anda