Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Loji Air Chin Chin Bekal Air Bersih kepada Pengguna

By 15 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Zarul Afify (Jasin)

JASIN, 15 Okt (Malaysiaaktif) – Majlis Perasmian Loji Rawatan Air Chin Chin telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Ismail Sabri Yaakob, di sini semalam.

“Tahniah kepada Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) kerana berjaya menyiapkan projek pembinaan loji ini yang memberi manfaat dan mampu membekalkan air bersih kepada 26,000 pengguna berdaftar di Jasin dan Merlimau.

“Pembinaan loji ini merupakan satu inisiatif SAMB untuk membantu kerajaan negeri dan keluarga malaysia di Melaka yang sebelum ini berdepan dengan krisis bekalan air akibat kemarau pada awal tahun 2020,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda