Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Jelajah Le Tour de Langkawi Bermula di Seri Menanti

By 12 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan

KUALA PILAH, 12 Okt (Malaysiaaktif) – Jarak 157.3km dari Seri Menanti, Negeri Sembilan ke KLCC, Kuala Lumpur menanti pelumba-pelumba Le Tour de Langkawi (LTdL) Peringkat Pertama Siri Jelajah LTdL yang bermula di sini semalam.

Seramai 117 pelumba daripada 20 pasukan melibatkan nama-nama yang tidak asing lagi dalam kalangan pelumba profesional dari Jerman, UAE, Thailand serta tidak ketinggalan pasukan dari Malaysia sendiri menyertai jelajah ini.

Pelumba-pelumba akan berkayuh menempuhi empat buah bukit membabitkan laluan di Pekan Pilah, Pekan Senaling, Bukit Miku, Rembau, Senawang, Mantin dan seterusnya berakhir di KLCC.

Menurut seorang penonton Nurshuhaidah Shamsudin, 16, ini merupakan kali pertama beliau menyaksikan LTdL.

“Saya sangat teruja melihat perlumbaan Jelajah LTdL yang bermula di Seri Menanti ini dan berpeluang untuk bertemu dengan pelumba-pelumba handalan dunia,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelepasan yang dirasmikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani bersama Ketua Pengarah Kementerian Belia dan Sukan Mohd Azhari Mohammad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda