Laporan/foto: Anuar Che Amat
KANGAR, 21 Okt (Malaysiaaktif) – Ketua Petronas Wilayah Utara dan Tengah Tuan Zulkifli Othman telah menyampaikan sumbangan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perlis (JPBN), di sini pada Rabu.
“Bantuan ini adalah salah satu tanggung jawab korporat syarikat untuk membantu pihak JPBN di negeri ini dari segi aset menyelamat sekiranya berlaku bencana banjir.
“Sumbangan berbentuk peralatan iaitu dua buah bot menyelamat, jaket keselamatan dewasa dan kanak-kanak serta 1,500 baju hujan,” katanya.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Perlis Lt. Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud hadir menerima sumbangan tersebut.
-ZS-