Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Karnival Kerjaya PERKESO Buka Peluang Pekerjaan Keluarga Malaysia

By 3 Oktober 2022Oktober 12th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat (Sarawak)

KUCHING, 3 Okt (Malaysiaaktif) – Sebanyak 303 tawaran pekerjaan melibatkan pelbagai jawatan dibuka semasa Karnival Kerjaya sempena Hari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) 2022.

Karnival Kerjaya merupakan anjuran Pejabat PERKESO Kuching yang diadakan di Dewan SK Rakyat, Jalan Haji Bolhassan baru-baru ini.  Penganjuran serentak di seluruh Malaysia ini juga melibatkan beberapa bahagian di Sarawak iaitu di Sibu, Miri dan Bintulu.

“Kami berharap agar para pelamar kerja mendapat manfaat dan mengambil peluang ini memandangkan ia merupakan salah satu insiatif dalam membantu Keluarga Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan pasca pandemik,” kata Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO Sarawak, Nur Annisah Yasmin Amit.

-ZS-

Tinggalkan komen anda