Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Graduan Genggam Dua Sijil, Khatam Hafazan al-Quran Dua Kali

By 3 Oktober 2022Oktober 12th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshazila Ahmad (Shah Alam)/PSA

SHAH ALAM, 3 Okt (Malaysiaaktif)  – Nadia Atifah Mamat, 22, mencatat sejarah menjadi graduan hafizah pertama politeknik apabila dianugerahkan Diploma Pengajian Perniagaan dalam Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) kali ke-23.

Lebih membanggakan, anak keempat daripada lima beradik ini juga berjaya khatam hafazan al-Quran buat kali kedua serta turut menerima Sijil Tahfiz Malaysia daripada Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurut Nadia rahsianya berjaya membahagikan masa mengikuti dua pengajian serentak adalah dengan mengenal kemampuan dan kekuatan diri berdasarkan empat pecahan waktu.

“Tidak dinafikan jadual rutin harian kami agak padat berbanding rakan-rakan sepengajian yang lain. Sering kali jadual kami penuh dari 8 pagi hingga 10 malam, namun dengan dorongan dan sokongan daripada rakan-rakan dan para pensyarah membuatkan semua terasa ringan, indah dan berbaloi,” ujarnya ketika ditemui selepas majlis yang diadakan di Dewan Al-Jazari PSA, di sini semalam.

Seramai empat graduan Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM berjaya dilahirkan PSA dengan dua daripadanya diraikan dalam Konvokesyen PSA kali ke-23 yang berlangsung pada 1 dan 2 Oktober 2022.

-ZS-

Tinggalkan komen anda