Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

‘Kemuncak Kecemerlangan’ Anugerah Seri Angkasa 2022

By 31 Oktober 2022November 1st, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zaidy Salim/JaPen

PUTRAJAYA, 30 Okt (Malaysiaaktif) – Anugerah Seri Angkasa 2022 dengan tema ‘Kemuncak Kecemerlangan’ menyaksikan Hajjah Fauziah Nawi dinobatkan sebagai Tokoh Seri Angkasa yang menerima trofi serta hadiah berupa wang tunai bernilai RM10,000 dan sebuah kereta Mitsubishi Xpander.

“Allah memang menyayangi saya, kerana sebelum ini kereta saya telah terbakar, dan dalam usia saya kini sukar untuk saya membeli sebuah kereta kerana tidak boleh membuat pinjaman, hari ini alhamdulillah Allah telah mengurniakan rezeki dan saya amat mensyukuri nikmat Nya ini,” katanya.

Debaran Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 tiba di penghujungnya apabila Drama Berjudul, Pencipta Pegang Waktu terbitan TV3 memenangi Drama Terbaik dengan membawa pulang trofi kemenangan, hadiah wang tunai serta Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM200,000.

Manakala  dokumentari berjudul ‘Social Playslist’ terbitan Astro pula memenangi Anugerah Dokumenteri TV Terbaik turut merangkul pulang trofi kemenangan, hadiah wang tunai serta DKD bernilai RM150,000. Kemenangan ini diraikan secara langsung dalam suasana penuh gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Para pemenang semua kategori Anugerah Seri Angkasa 2022 bukan sahaja menerima trofi kemenangan masing-masing bahkan turut menerima hadiah berbentuk wang tunai berjumlah RM5,000.

Haji Ahmad Noor Sulaiman, Penerbit Program Halaqah (Episod 7): Bencana, Muhasabahkah Kita? Terbitan TV3 pula telah dipilih untuk menerima Anugerah Khas Juri yang turut menerima trofi serta hadiah berupa wang tunai bernilai RM8,000.

-ZS-

Tinggalkan komen anda