Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Program Rainbow Run Erat Komuniti Keluarga Malaysia

By 30 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Zuraida MD/Muhd Naim Shaari (Jempol)

JEMPOL, 30 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada para remaja berbangsa Cina pelbagai peringkat usia telah menyertai Program Rainbow Run yang dianjurkan oleh Komuniti Keluarga Malaysia Zon Bahau awal pagi semalam.

Semua peserta memakai baju bewarna putih dan dicorakkan dengan serbuk pelbagai warna yang dilemparkan ke arah baju peserta lain yang kemudiannya telah menghasilkan pelbagai corak yang cantik.

Menurut Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Zon Bahau Chong Fui Ming program tersebut julung-julung kali diadakan dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

“Melalui program seperti ini semangat kerjasama dan hubungan sesama masyarakat setempat juga dapat dieratkan selain dapat memberikan peluang serta pendedahan kepada aktiviti kemasyarakatan,” katanya.

Salah seorang peserta Noraini Nasir, 38, berkata aktiviti larian sambil memakai baju pelangi sangat menarik dan unik selain senamobik yang sangat bagus bagi mengamalkan gaya hidup sihat.

“Melalui program ini juga dapat memberikan pendidikan tidak formal bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum,” tambahnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda