Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahJohor

Kesal Aktiviti Nelayan Menangkap Ikan Diganggu Pihak Berkuasa Singapura

By 27 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 26 Okt (Malaysiaaktif) – Baru-baru ini tular sebuah rakaman video pertengkaran antara Polis Marin Singapura dan 10 orang nelayan tempatan berhampiran Jambatan Link Kedua di Iskandar Puteri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad memaklumkan salah faham dan kurang pertimbangan punca berlaku kejadian itu.

“Lebih kurang 300 orang nelayan beroperasi di perairan Selat Tebrau merupakan nelayan tradisional dengan menangkap ikan menggunakan jaring dan sudah mahir dengan sempadan perairan di sini.

“Saya berasa kesal apabila nelayan yang menangkap ikan di kawasan sendiri dihalau oleh pihak berkuasa Singapura,” katanya ketika ditemui di Kampung Pendas bersama nelayan-nelayan Johor Selatan, semalam.

Menurut Pandak, kejadian sebegini sudah berlarutan sejak lima tahun lalu dan beliau mengharapkan pihak berkuasa tempatan dapat meningkatkan aktiviti rondaan di kawasan ini.

“Jika ada pemantauan, Polis Marin Singapura pasti tidak akan menganggu,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda