Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Simulasi Banjir Uji Kesiapsiagaan Jawatankuasa Bencana

By 27 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Mohd Zahari Zakaria/Ariza Mohamad Zaki

PERMATANG PAUH, 27 Okt (Malaysiaaktif) – Simulasi Bencana Banjir Daerah Seberang Perai Tengah telah  diadakan di Kampung Terus, Penanti semalam.

Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, Kamarul Haizal Koderat berkata tujuan simulasi banjir diadakan adalah untuk menguji kesiapsiagaan semua jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat.

“Selain itu ia juga adalah untuk melihat sejauh mana persediaan dan kepekaan masyarakat setempat dalam menghadapi situasi sebenar ketika berlakunya banjir,” katanya lagi.

Antara jabatan dan agensi yang terlibat adalah PDRM, ATM, APM, BOMBA, JPS Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah, Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri, Jabatan Penerangan dan lain-lain agensi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda