Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pelajar Sekolah Diberi Pendedahan Tentang Risiko Merokok

By 7 Oktober 2022Oktober 11th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ainsyah Hamid/Azimee Abdullah

SUNGAI ARA, 7 Okt (Malaysiaaktif) – Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ara hari ini diberi pendedahan mengenai risiko dan kesan merokok kepada perokok dan orang-orang di sekitarnya.

Menurut Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Barat Daya Nik Siti Nurhafizah Nik Man dengan adanya pendedahan sebegini pelajar dapat mengambil pengajaran dan panduan.

ā€œFenomena ini membimbangkan generasi muda pada masa kini, malah semakin ramai pula yang merokok sejak di bangku sekolah disebabkan pengaruh rakan sebaya,ā€ tambahnya lagi.

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan dan Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya dengan kerjasama pihak sekolah melibatkan penyertaan seramai 170 orang pelajar dan guru.

-ZS-

Tinggalkan komen anda