Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

‘Fun Run’ Hari Sukan Negara Selangor Terima 3,137 Penyertaan

By 7 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhd Afiqq Rahman/Juriah Suleiman (Petaling)

SHAH ALAM, 7 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 3,137 penyertaan ‘Fun Run’ sempena Hari Sukan Negara peringkat negeri Selangor pada 8 Oktober ini diterima pihak penganjur.

Pegawai Kecergasan Jabatan Belia Dan Sukan Selangor Nurul Atiqah Abdul Rahman berkata jumlah berkenaan menepati sasaran berbanding tahun sebelumnya kerana tertakluk dengan prosedur operasi standard (SOP).

“Apa yang penting kita menganjurkan aktiviti ‘fun run’ sempena Hari Sukan Negara kerana ia akan menggalakkan lebih ramai penyertaan tidak kira daripada kawasan bandar mahupun daripada kawasan luar bandar,” katanya ketika ditemui semasa sesi pengambilan ‘race kit’ di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, di sini hari ini.

Menurutnya, antara program pengisian aktiviti adalah ‘Fun Run’ 5 kilometer (km), ‘Fun Walk’ 3 km, Mega Aerobik (zumba) dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti menarik yang lain.

-ZS-

Tinggalkan komen anda