Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Bakat, Ilmu Perlu Seiring

By 8 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud/Eviannie Kin

KOTA KINABALU, 8 Okt (Malaysiaaktif) – Selain mempunyai bakat dalam sesuatu acara sukan, seorang atlet perlu mempunyai ilmu yang secukupnya bagi mencapai kejayaan.

Demikian menurut Jurulatih Bola Sepak Bawah 21 Tahun Sabah, Jelius Ating, 50, yang menjelaskan sekiranya seorang pemain bola sepak hanya bergantung kepada bakat dan kemahiran semata-mata, itu belum cukup untuk menjadi seorang pemain yang berjaya.

“Dalam bola sepak moden sekarang, atlet perlu menguasai kemahiran asas bola sepak di samping mempunyai ilmu pengetahuan yang mencukupi.

“Apabila seorang pemain bola mempunyai bakat, kemahiran serta ilmu pengetahuan dapat membantu mereka membuat keputusan yang pantas dan bijak bagi mecorak permainan di atas padang.” ujarnya ketika ditemui media di Kompleks Sukan Likas, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Sempena Hari Sukan Negara 2022 beliau menyarankan orang ramai agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti sukan mengikut keupayaan masing-masing.

-ZS-

Tinggalkan komen anda