Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pelajar Sekolah Diberi Pendedahan Tentang Risiko Merokok

By 7 Oktober 2022Oktober 11th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ainsyah Hamid/Azimee Abdullah

SUNGAI ARA, 7 Okt (Malaysiaaktif) – Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ara hari ini diberi pendedahan mengenai risiko dan kesan merokok kepada perokok dan orang-orang di sekitarnya.

Menurut Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Barat Daya Nik Siti Nurhafizah Nik Man dengan adanya pendedahan sebegini pelajar dapat mengambil pengajaran dan panduan.

“Fenomena ini membimbangkan generasi muda pada masa kini, malah semakin ramai pula yang merokok sejak di bangku sekolah disebabkan pengaruh rakan sebaya,” tambahnya lagi.

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan dan Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya dengan kerjasama pihak sekolah melibatkan penyertaan seramai 170 orang pelajar dan guru.

-ZS-

Tinggalkan komen anda