Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Peneroka FELDA Chuping Disaran Optimumkan Pengeluaran Hasil Tanah

By 12 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

PADANG BESAR, 12 Okt (Malaysiaaktif) – Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Chuping disaran agar mengoptimumkan pengeluaran hasil tanah mereka.

“Saya harapkan semoga para peneroka memanfaatkan tanah ini dengan sebaiknya dan tidak mengharapkan dengan tanaman getah sahaja. Perlu juga memikirkan tanaman sampingan lain (seperti penternakan) bagi menambah pendapatan.

“Kerajaan negeri amat komited untuk memperjuangkan nasib peneroka-peneroka FELDA di negeri Perlis dan FELDA Rimba Mas dan FELDA Mata Ayer yang telah pun menerima hak milik masing- masing di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960,” kata Menteri Besar Perlis Dato’ Seri Azlan Man ketika berucap di Majlis Penyerahan Dokumen Hak Milik Tanah Kerajaan Di Negeri Perlis di Dewan Besar FELDA Chuping, di sini semalam.

Seramai 447 orang peneroka dari FELDA Chuping telah diberikan geran tapak rumah dan ladang yang berkeluasan 10 ekar bagi setiap seorang peneroka.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pengurusan Tanah FELDA Dr Mohd Syaiful Hassan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda