Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)/MBS
SEREMBAN, 12 Okt (Malaysiaaktif) – Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mengingatkan anggota penguatkuasa mereka agar sentiasa berintegriti semasa menjalankan tugas.
“Majlis (MBS) tidak akan berkompromi atau bertolak ansur terhadap mana-mana anggota yang terlibat dengan isu integriti semasa bertugas di lapangan.
“Anggota penguatkuasa juga telah diingatkan supaya sentiasa bersiap siaga terhadap isu bencana dan perlu bertugas mengikut jadual atau ketika dipanggil pada bila-bila masa sahaja,” katanya semasa memberikan ucapan.
Setiausaha MBS Mas Midyawan Yahya bercakap demikian dalam satu perjumpaan bersama anggota penguatkuasa MBS yang bertujuan untuk menyampaikan taklimat mengenai tanggungjawab sebagai anggota yang berintegriti dalam menjalankan tugas di Wisma MBS, di sini baru-baru ini.
“Tindakan penguatkuasaan melalui pendidikan yang lebih efektif seperti mengutamakan tindakan notis bertempoh untuk memberi peluang kepada mereka memperbetulkan kesalahan, kemudian disusulkan dengan kompaun, dan jika masih berkeras disertakan dengan tindakan selanjutnya,” kata lagi.
Turut hadir Pengarah Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS Hanizam Ahmad.
-ZS-