Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

‘Malam Bulan Dipagar Bintang’ Gamit Era Gemilang P. Ramlee

By 4 Oktober 2022Oktober 12th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat (Sarawak)

KUCHING, 4 Okt  (Malaysiaaktif) – Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkenan menyaksikan persembahan pentas khas ‘Malam Bulan Dipagar Bintang’ yang dijayakan oleh 50 ahli Kelab Peminat P. Ramlee Sarawak (KPPRS) di Balai Budaya DBP, di sini malam tadi.

“Inisiatif KPPRS dalam menganjurkan acara ini harus dipuji kerana boleh melestarikan dan memberi nilai tambah bagi memartabatkan ciptaan Seniman Agung P. Ramlee.

“Karyanya masih segar dalam ingatan umpama tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Setiap lirik lagu menggamit kenangan kepada filem-filem lakonannya,” kata Timbalan Setiausaha KELAB ZDance Dyg Misyah Awg Jaya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda