Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Seni Budaya Mencorakkan Sosio Ekonomi Rakyat Kelantan

By 1 Oktober 2022Oktober 3rd, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhazliza Mod Din/Mohamad Firdaus Abd Aziz (Gua Musang)

GUA MUSANG, 1 Okt (Malaysiaaktif) – Keunikan seni budaya serta hasil kraftangan tempatan Negeri Cik Siti Wan Kembang banyak dipengaruhi oleh corak kehidupan, geografi dan semangat kenegerianya yang ampuh sejak sekian lama.

Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata seni budaya Kelantan bukan sahaja menjadi daya tarikan kepada pelancongan tempatan malah ianya telah menembusi pentas antarabangsa sehingga mengharumkan nama Kelantan di persada dunia.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan Malam Apresiasi Seni Budaya Kesedar 2022 di Taman Etnobotani, di sini malam tadi.

“Kegiatan pelbagai seni warisan kebudayaan ini memberi limpahan manfaat sosio ekonomi kepada masyarakat Kelantan Selatan dan juga menjadi daya tarikan kepada pelancong yang datang ke sini,” katanya lagi.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Abd Aziz Yusoff, ADUN Galas Mohd Syahbuddin Hasim, ADUN Paloh Tuan Amran Ariffin dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Dr.  Shahrir Mohammad Zakey.

-ZS-

Tinggalkan komen anda