Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Program Galeri UNITI Penyatuan Keluarga Malaysia

By 1 Oktober 2022Oktober 3rd, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Juliana Jamri (Hulu Langat) 

BALAKONG, 1 Okt (Malaysiaaktif) – Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique telah merasmikan Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia di AEON BiG Bandar Tun Hussein Onn, di sini hari ini.

Menurut Halimah program yang menghimpunkan detik-detik perpaduan Keluarga Malaysia ini telah diterjemahkan kepada sebuah galeri yang menggambarkan penyatuan Keluarga Malaysia.

“Semangat perpaduan yang terbina merentasi sempadan kaum, agama, budaya dan bahasa terus diperkasa melalui kepelbagaian pengisian menarik sepanjang program berlangsung,” katanya ketika merasmikan program ini.

Antara pengisian utama program ini adalah Pameran Rumah Kami, Citarasa Menu Keluarga Malaysia, Persembahan Busana Etnik Keluarga Malaysia dan Aktiviti Sukan Tradisional.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda