Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Belia Aset kepada Pembangunan Agama, Masyarakat dan Negara

By 1 Oktober 2022Oktober 3rd, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Musliha Yusof (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 1 Okt (Malaysiaaktif) – Hari Belia Negara (HBN) yang sepatutnya disambut pada 15 Mei telah berjaya disempurnakan pada hari ini oleh Pegawai Daerah Batu Pahat Nasri Md Ali.

“Sambutan HBN adalah salah satu manifestasi, penghargaan dan pengiktirafan daripada kerajaan kepada golongan belia yang telah menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan juga negara,” katanya.

Mengakui bahawa suara belia amat penting dalam menentukan hala tuju serta kegemilangan masa depan sesebuah negara, beliau turut berharap agar golongan belia terus konsisten membangunkan diri, masyarakat dan tanah air agar mampu bangkit pada era endemik dengan cemerlang setelah melalui tempoh mencabar semasa pandemik COVID-19.

Program ini turut diserikan dengan pelbagai pameran daripada beberapa agensi kerajaan, senamrobik, lukisan mural, pertandingan puisi, cabutan bertuah dan sebagainya.

Turut hadir Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Mohd Rashid Kasnon, Ahli Dewan Undangan Negeri Parit Yaani Datuk Najib Samuri dan semua ketua jabatan di daerah ini.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda