Laporan/foto: Muhamad Amirulfarhan Mohd Daud (Kinta)
BATU GAJAH, 17 Okt (Malaysiaaktif) – Keinginan untuk meningkatkan taraf ekonomi ummah menjadi pencetus kepada Pegawai Daerah Kinta Meor Hezbullah Meor Abd Malik melaksanakan Program Hari Terbuka Masjid dan Karnival Belia Masjid.
Menurut Yang Di Pertua Majlis Daerah Batu Gajah Mohamad Razif Ramli peranan masjid bukan sekadar tempat untuk melaksanakan amal ibadat bahkan sebagai pusat pendidikan dan ekonomi bagi umat Islam.
“Justeru, pengunjung berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan yang terlibat selain mengunjungi gerai jualan yang menjual pelbagai hasil produk keluaran bumiputera menerusi program ini,” katanya ketika merasmikan program di Masjid Toh Puan Besar Hatijah, di sini pada Sabtu.
Program yang berlangsung selama dua hari itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung terutama penduduk sekitar Batu Gajah.
-ZS-