Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Jambatan Victoria Warisan Bersejarah Kuala Kangsar

By 2 November 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Faisal Tarmizi/Wan Izati (Kuala Kangsar)

KUALA KANGSAR, 1 Nov (Malaysiaaktif) – Keunikan Jambatan Enggor atau lebih dikenali sebagai Jambatan Victoria menarik kunjungan pelancong ke daerah ini.

Jambatan penuh bersejarah ini dibina pada tahun 1897 dan dirasmikan oleh Sultan Perak ke-28, Sultan Idris Murshidul Azam Shah pada 21 Mac 1900 sekaligus menjadi pelengkap laluan keretapi di Tanah Melayu ketika itu.

Peniaga, Megat Sharfawi Ibrahim, 39, berkata tarikan pelancongan di kawasan ini juga telah memberikan impak positif kepada peniagaannya.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan, hasil perniagaan Victoria Brigde Cafe meningkat ekoran kehadiran ramai pengunjung terutama pada musim cuti persekolahan,” katanya.

Pada 21 Mac lalu, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaya (MHG) dan Persatuan Warisan Perak telah memasang papan tanda informasi di Jambatan Victoria sebagai usaha mengetengahkan dan memulihara sejarahnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda