Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Polis Labuan Tidak Terima Laporan Salah Laku Sepanjang Kempen PRU-15

By 15 November 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 15 Nov (Malaysiaaktif) – Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan tidak menerima sebarang laporan berlakunya sebarang kesalahan semasa proses berkempen sepanjang Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) di pulau itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Labuan, Supt. Ahmad Jawila, pihak polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan perbuatan khianat atau salah laku mana-mana pihak.

“Pemantauan di semua ceramah dan kempen juga mendapati tidak ada mana-mana pihak yang melontarkan isu-isu sensitif, ini satu yang baik untuk landskap politik di wilayah ini.

“Secara keseluruhan semua parti menunjukkan prestasi yang baik dengan mematuhi peraturan dan undang-undang khususnya Akta Kesalahan Pilihan Raya,” katanya ketika ditemui selepas membuang undi pada proses undi awal di IPD Labuan pagi tadi.

Beliau turut memaklumkan bahawa jalan utama di Kolej Matrikulasi Labuan yang akan digunakan sebagai Pusat Penjumlahan Undi pada 19 November nanti akan ditutup bermula jam 6.00 petang hingga 10.00 malam bagi memudahkan pertugasan pihak polis dan pengguna jalan raya boleh menggunakan jalan alternatif iaitu Jalan Layang-Layangan, Jalan Pancur Hitam serta Jalan Pohon Batu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda