Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

PRU15: Ibu dalam Pantang Tunai Tanggungjawab Mengundi

By 15 November 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Suriani Ghazali (Perak Tengah)

SERI ISKANDAR, 15 Nov (Malaysiaaktif) – Seorang anggota polis wanita menarik perhatian ramai apabila hadir ke pusat pengundian awal di Dewan Dato’ Maharaja Lela, Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah dalam keadaan masih berpantang.

Koperal Nur Safarina Saari, 34, berkata beliau tidak mahu melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab kepada negara walaupun masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak.

“Saya juga ingin menyeru kepada seluruh warga negara yang berkelayakan untuk keluar mengundi pada 19 November nanti,” tambahnya ketika ditemui pagi tadi.

Sebanyak tiga buah pusat pengundian awal bagi Parlimen Parit dibuka hari ini melibatkan seramai 475 pengundi terdiri daripada anggota polis dan tentera.

-ZS-

Tinggalkan komen anda