Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Sambutan Meriah Gotong-Royong Kali Pertama Penduduk Rini Hills

By 14 November 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 14 Nov (Malaysiaaktif) – Kejiranan bersih dan bebas denggi menjadi matlamat utama lebih kurang 100 penduduk di Rini Hills, Taman Mutiara Rini di sini dengan mengadakan program gotong-royong baru-baru ini.

Program selama empat jam yang bermula pada pukul 7.00 pagi itu berjaya mengumpulkan lebih 700 kilogram sampah, sisa pukal dan daun kering.

Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Zon Mutiara Rini, Datuk Radin Kartini Abdullah berkata program tersebut juga dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim antara jiran.

“Sebenarnya penduduk sendiri yang hendak melakukan gotong-royong ini dan saya sebagai Ahli Majlis yang baru di sini sentiasa akan menyokong inisiatif penduduk.

“Selepas ini akan ada banyak lagi aktiviti kemasyarakatan yang boleh dilakukan dengan bantuan MBIP dan agensi-agensi yang berkaitan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda