Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

PolyCC Melaka Anjur Kayuhan Lestari Promosi Melaka

By 14 November 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norus Saadah Ahmad (Melaka)

MELAKA 14 Nov (Malaysiaaktif) – Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) Negeri Melaka memilih acara sukan ‘cycling tour’ atau pelancongan berbasikal yang semakin diminati oleh pelancong domestik dan antarabangsa sebagai tema aktiviti alumni tahun ini.

Kayuhan sejauh 25 kilometer (km) bermula jam 8.30 pagi semalam bergerak dari Kolej Komuniti Kota Melaka (KKKM) menyelurusi lokasi bersejarah bangunan merah Kota A Famosa, Dataran Memorial seterusnya menuju ke Masjid Selat Melaka dan Encore.

Menurut Penolong Pengarah Kanan Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Aidil Azhim  Shamsuddin, program ini merupakan salah satu usaha memperkasa kemahiran pelajar dalam sukan pelancongan bagi melahirkan generasi ‘The Thinking Athlete’ dalam kalangan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti, selaras dengan Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (DPSIPT).

“Seramai 50 orang pelajar mewakili dua politeknik dan enam kolej komuniti di negeri Melaka termasuk lapan persatuan alumni.

“Ini adalah bertujuan membina jaringan komunikasi dan memperkukuh hubungan antara warga dan persatuan alumni institusi, agensi dan komuniti dalam mempromosikan institusi pendidikan TVET,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda