Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Interaksi dan Selami Gaya Hidup Masyarakat Kampung

By 19 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/Touriesm Malaysia

PORT DICKSON, 19 Dis (Malaysiaaktif) – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Touriesm Malaysia) telah melancarkan Fun Map Homestay Negeri Sembilan yang dilengkapi dengan butiran terkini inap desa di sekitar tujuh daerah di Negeri Sembilan.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata pelancaran Fun Map Homestay Negeri Sembilan merupakan acara penutupan bagi program Jom Poie Homestay Negeri Sembilan yang berlangsung dari 16 hingga 18 Disember 2022 lalu.

“Inisiatif ini memfokuskan trend pelancongan terkini iaitu pengalaman melancong yang memberikan peluang kepada para pelancong untuk berinteraksi serta menyelami gaya hidup seharian masyarakat kampung termasuk mengenali dengan lebih dekat tentang kebudayaan dan tradisi masyarakat tempatan.

“Sehingga bulan September 2022, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merekodkan seramai 67,360 pelancong yang telah menginap di inap desa seluruh Malaysia merangkumi pelancong antarabangsa dan domestik dengan jumlah pendapatan sebanyak RM 3.1 juta.

“Antara pakej dan produk inap desa di Port Dickson yang dipromosikan termasuklah pakej tiga hari dua malam di Inap Desa D’Pelanduk Best dan pakej dua hari satu malam di Inap Pachitan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda