Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kerajaan Pusat akan Sentiasa Bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan

By 22 Disember 2022Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Wee Kim Been

PASIR MAS, 22 Dis (Malaysiaaktif ) – Kerajaan Pusat akan sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan di dalam memastikan kemudahan frasarana mencukupi demi kepentingan rakyat keseluruhannya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap demikian semasa lawatan kerja selepas menziarahi mangsa serta meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panglima Raja, Lemal, di sini petang semalam.

“Semua projek kerajaan akan datang perlu melalui proses prosedur tender secara terbuka. Projek pembinaan benteng sempadan sungai Golok bagi fasa 1 dan ke 2 akan dipercepatkan.

“Manakala peruntukan RM12 juta bagi enam unit pam bergerak berkuasa tinggi, atasi banjir termenung di Daerah Pasir Mas dipersetujui untuk diluluskan,” katanya.

“Begitu juga bantuan insentif kepada mangsa banjir/bencana sebanyak RM1,000 dan RM10,000 kepada waris mangsa yang meninggal dunia, akan disalurkan terus melalui Agensi NADMA.

“Peruntukan RM50 juta akan disalurkan segera ke negeri Kelantan dan Terengganu yang ditimpa musibah banjir 2022/2023,” katanya lagi.

Perdana Menteri juga memaklumkan supaya sekolah-sekolah di Kelantan khususnya yang digunakan sebagai pusat pemindahan banjir yang mengalami kerosakan dari segi kemudahan asas seperti tandas dan sebagainya perlu diberi perhatian khusus oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pembaikian segera.

Banjir di Kelantan semakin buruk apabila merekodkan peningkatan seramai 31,313 mangsa melibatkan 9,005 keluarga, manakala bagi Daerah Pasir Mas pula melibatkan 13,456 mangsa daripada 4,412 keluarga yang berada di pusat pemindahan sehingga kini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Malaysia Fadhlina Sidek, Menteri Besar Kelantan Dato’ Ahmad Yakob serta ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda