Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Usahawan Luar Dan Kakitangan Wisma Bergabung Promosi Produk Masing-Masing

By 21 Disember 2022Disember 27th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/Foto: Mohd Rafezan Shawal/Idah Hussein (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 21 Dis (Malaysiaaktif) – Sebanyak 30 gerai jualan pelbagai produk dan enam trak makanan dibuka sempena Karnival Jualan Wisma Persekutuan Johor Bahru 2022 di Ruang Legar Blok A dan B Wisma Persekutuan Johor Bahru.

Menurut Penyelaras Karnival Jualan, Azam Chuwan, jualan seperti ini telah diadakan pada sebelum ini dalam kapasiti kecil sahaja tetapi pada tahun ini, penganjuran karnival jualan melibatkan usahawan luar dan kakitangan wisma dengan jumlah gerai jualan yang lebih banyak dan meriah.

“Saya melihat ramai usahawan telah mempromosikan produk masing-masing antaranya jualan makanan dan minuman, pakaian, kasut, produk Industri Kecil dan Sederhana, syarikat insurans dan sebagainya dengan harga yang berpatutan” katanya ditemui selepas menyampaikan hadiah cabutan bertuah di sini, semalam.

Sementara itu, salah seorang pengunjung karnival, Noh, 33 berkata karnival ini perlu diteruskan pada masa akan datang kerana mendapat sambutan yang sangat menggalakkan walaupun baru hari pertama berlangsung dengan sambutan yang luar biasa daripada pengunjung.

Karnival yang berakhir pada hari ini telah dianjurkan oleh Pengurusan dan Penyelenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan Zon Selatan dan Sarawak dengan kerjasama PUSPANITA Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Johor (JUPEM) dan Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru.

-ZS-

Tinggalkan komen anda