Skip to main content
Berita TempatanSelangorVideo

Korban Terakhir Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali Ditemui

By 25 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/Video: Mohd Yuszairee Mohd Yunus/Mohamad Syafiq Mohamad Saleh (Hulu Selangor)

HULU SELANGOR, 24 Dis (Malaysiaaktif) – Pasukan mencari dan menyelamat SAR telah menemui mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Suprintenden Suffian Abdullah berkata, mayat itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) jam 4.53 petang di sektor A (Hill View) yang menjadi tumpuan utama pencarian sejak semalam.

“Mangsa dijumpai dalam ‘sleeping bag’ dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa merupakan seorang kanak-kanak lelaki dalam anggaran umur tujuh hingga 12 tahun ditemui berpakaian lengkap dan mayat sudah mulai mereput dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat” katanya pada sidang media.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, mayat kanak-kanak berkenaan ditemui di tepi lereng bukit pada jarak empat meter dari tapak perkhemahan.

“Secara keseluruhan 20 daripada 31 mangsa ditemukan di sektor A (Hillview), seorang mangsa di sektor B (Farmview), manakala 10 mangsa ditemui di sektor C (Riverside)” ujarnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda