Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Majlis Jamuan Graduasi UNIMEL ke-24 Disambut Gilang-Gemilang

By 6 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Feroz Othaman

BANDAR HILIR, 6 Dis (Malaysiaktif) – Majlis Jamuan Graduasi Universiti Melaka (UNIMEL) ke-24 di sini semalam telah diadakan dengan penuh gilang-gemilang.

“Saya mengalu-alukan kehadiran permata Universiti Melaka (UNIMEL) iaitu graduan untuk diraikan secara gilang-gemilang kali ini, penat lelah serta keringat graduan akan terbalas dengan segulung ijazah yang diidamkan.

“Syukur kerana dapat meraikan graduan-graduan pada tahun 2020 sehingga 2022 yang telah tamat pengajian UNIMEL setelah dua tahun majlis graduasi tersebut tidak dapat dilaksanakan akibat pandemik yang melanda negara,” kata Naib Canselor UNIMEL Prof. Dr. Abdul Razak Ibrahim.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi dan Pengarah UNIMEL, Datuk Seri Utama (Dr) Sulaiman Md Ali serta isteri Datin Seri Utama Datuk Munira M.Yusop.

-ZS-

Tinggalkan komen anda