Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Penantian Warga JHEAINS Daerah Kuala Pilah Berakhir

By 6 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan/Mohd Nasir Mohd Nor (Pejabat Daerah Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 6 Disember (Malaysiaaktif) – Penanti warga kerja Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Daerah Kuala Pilah bakal berakhir apabila bangunan pejabat baharu mereka siap dibina pada 1 November lalu.

Bangunan yang menelan belanja RM5.3 juta itu akan menempatkan semua unit dan bahagian JHEAINS Daerah Kuala Pilah yang sebelum ini beroperasi di Kompleks Pejabat-pejabat Kerajaan Daerah Kuala Pilah.

“Kerajaan Negeri cakna dengan keperluan dan penambahan fungsi JHEAINS, maka dengan itu projek bangunan baharu ini telah dimulakan pada tahun 2020 yang lalu,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Hj Aminuddin Harun, di sini semalam.

“Pada masa yang sama, selaras dengan salah satu daripada empat bidang keberhasilan utama iaitu pembangunan infra agama seperti masjid, surau dan kompleks Pejabat Agama Islam di daerah-daerah, maka pada tahun hadapan Port Dickson juga akan mendapat bangunan baharu dan Dewan Terbuka Pusat Dakwah Islamiah Paroi juga akan dibina dengan peruntukan kira-kira RM7.63 juta,” katanya lagi.

Turut hadir Pengarah JHEAINS Dato Mohd Zaidi Ramli dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan Ir Wan Hasnan Wan Musa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda